~ WaniTa SolehaH untuk LelaKI SoleH~


~SaHabAt AdaLaH SeJaRAh YAnG diKEnanG SepaNJang MAsA~

~SaHabAt AdaLaH SeJaRAh YAnG diKEnanG SepaNJang MAsA~


Followers

Tuesday, March 22, 2011

~EdCaustIC ~ SENdiri MeNyePI

Sendiri Menyepi
Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..
Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..

Wednesday, March 9, 2011

~Surat dari BONDA~


Baca dan renungkan :

Assalamualaikum w.b.t

Anakanda yang dikasihi, semoga diri anakanda sentiasa di bawah lembayung taufiq dan hidayah Allah swt.

Alhamdulillah bonda benar-benar bersyukur kerana dengan izin Allah swt, bonda sudah pun menyelesaikan Umrah yang telah sekian lama bonda nanti-nantikan saatnya.

Anakanda yang dikasihi, anakanda tentu tertanya-tanya kenapa bonda masih lagi diTanah Suci ini sedangkan urusan menunaikan umrah sepatutnya sudah lama selesai. Sebelum menjawab persoalan ini bonda benar-benar berharap agar anakanda dapat menerima apa yang akan bonda jelaskan ini dengan penuh ketakwaan dan rasa tawakal kepada Allah swt. Yakinlah wahai anakanda bahawa apa sahaja keputusan Allah swt, sebenarnya itulah yg terbaik bagi kita, kerana Allah yang menciptakan kita lebih mengetahui apa yang baik bagi hamba yang diciptakanNya.

Anakanda yang dikasihi, sebenarnya bonda telahpun hampir dua minggu dimasukkan kehospital kerana diserang sakit jantung. Alhamdulillah hari ini bonda terasa agak bertenaga untuk bonda menulis surat ini untuk anakanda. Sebenarnya penyakit bonda agak kritikal. Doktor baru saja mengesahkan bahawa 3 saluran ke jantung bonda telah tersumbat. Bonda baru sahaja menandatangani borang persetujuan untuk menjalani pembedahan yang akan dijalankan secepat mungkin. Doktor jugk memaklumkan bahawa kemungkinan untuk bonda selamat hanyalah 40 peratus.

Walaubagaimanapun Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik bagi hambaNya ini. Doktor-doktor itu hanyalah meramalkannya berdasarkan pengalaman mereka. Tetapi bonda mersakan ada baiknya untuk bonda menulis surat kepada anakanda takut-takut kita mungkin tidak akan bertemu lagi di dunia ini. Tmbahan pula sehari dua ini bonda sering pula bermimpi bertemu dengan arwah ayahanda.

Anakanda yang dikasihi, setiap ibu yang melahirkan anak pasti berhajatkan anaknya menjadi anak yang soleh yang akan menjadi hujah yang akan menyelamatkannya di hari akhirat kelak. Bonda benar-benar berharap agar dapat mendidik dan mengasuh anakanda agar benar-benar memahami dan merasai tuntutan iman. Tetapi apakan daya kesempatan untuk itu mungkin sudah tiada lagi. Namun bonda benar-benar berharap apabila anakanda dewasa kelak, anakanda akan menjadi da'ie yang akan menyambung tugas para Rasul dan Nabi-Nabi. Bonda yakin anakanda memahami apa yang bonda maksudkan. Dan bagi bonda hanya dengan menjadi da'ie dan murabbi sahajalah hidup kita benar-benar menepati kehendak Allah dan Rasulnya, tambahan pula kita berada di zaman yang makin menyamai zaman Rasulullah saw mula diutuskan iaitu zaman dimana kebenaran tidak lagi didengari.. kejahilan menguasai ummat, para pendakwah kepada kebenaran dipulau dan dibenci masyarakat manakala kemungkaran berleluasa.

Anakanda yang dikasihi, bonda benar-benar berharap anakanda dapat membalas surat ini. Dan yang lebih bonda harapkan isi surat itu nanti akan menjadi penawar hati bonda untuk bonda bertemu dengan Allah swt dalam keadaan yang tenang. Bonda juga berharap agar anakanda dapat mengiringi pemergian bonda ini dengan kata-kata atau janji-janji yang akan menjadi penyejuk hati bonda.

Sekian saja surat dari bonda yang sentiasa mengasihimu..


yang ikhlas


BONDA
Dari bumi Mekah Al-Mukarramah

Monday, March 7, 2011

~FOrGIvE Me Ya ALLaH~ ku pohon syurgaMu



Ya Allah betapa payah untuk aku menggapai syurgaMU.. terlalu sukar untuk ku melakukan kebaikan.. aku seorang hamba yang lemah. selalu melupaiMu.. selalu mengabaikanMu.. Ya Allah izin kan aku menjadi seperti isteri rasulullah Khadijah.. taat padaMu.. pada Rasulullah.. taat pada ajaranMu. aku manusia lemah sering malakukan dosa..

Allah... Allah...
Allah... Allah...

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu keampunan
Keredhaan kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal sejati

Tapi engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan
Yang abadi

ya Allah permudahkan aku.. Aku mohon padaMu untuk menjadi seorang 'SOLEHAH'.. aku mohon padaMu untuk merasai nikmat syurgaMu.. Aku mohon padaMu kebahagiaan didunia dan diakhirat.. YaAllah lindungilah aku dari perkara-perkara mungkar.. hindari lah aku dari semua dosa-dosa walau ia sekecil zarah sekali pun.. ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..ASTAGHFIRULLAH

~AKU MOHON SYURGAMU YA ALLAH~