~ WaniTa SolehaH untuk LelaKI SoleH~


~SaHabAt AdaLaH SeJaRAh YAnG diKEnanG SepaNJang MAsA~

~SaHabAt AdaLaH SeJaRAh YAnG diKEnanG SepaNJang MAsA~


Followers

Monday, June 20, 2011

~Moga Allah merahmatiku dan kamu~


Assalamualaikum....
Alhamdulilah, Allahuakbar,Subhanallah segala puji bagi Allah kerana masih lg memberi aku peluang u menulis di sini dan masih lagi memberi anda pembaca blog ini membaca blog yg x seberapa ni.. sorry to say sbb da lme tinggal kn blog ni sunyi tanpa kata-kata..
Hati ini sejak kebelakangan ni asyik teringatkan mati .. ya Allah kalau engkau cabutkan nyawa ku di saat ini aku dapat rasakan tiada satu amalan pun yang boleh membawa ku kekal ke syurga.. Astaghfirullahalazimm.. Memang sesetengah orang kata cube bersangka baik dengan Allah.. yakinlah Allah tu kan Maha Pengasih,Penyayang,Pemurah.. takkan satu amalan pun dia x terima?? arghhhh mmg Allah sangat penyayang. tapi tanpa usaha susahnya untuk memperoleh syurgaMu.. Hari-hari bergelumang dengan dosa.. ya bukan dosa besar tapi kecil.. dan yang kecil lama-lama akan membawa kepada dosa yang besar.. Ya Allah selamatkanlah aku dari seksa kubur dan api neraka.. tak dapat ku bayangkan diriku berada di sana.. nauzubillah.. YaAllah aku mohon hidayahMu sentiasa mengiringiku.. aku mohon padaMu berikan daku kekuatan untuk berjauhan dari maksiat yang sentiasa berada di depan mata ku.. besar ujianMu bagi orang-orang yang lemah sepertiku.. Aku rindu untuk menjadi seorang yang kuat yakni menjadikan kata-kataMu sebagai jalan hidupku.. aku rindukan Rasulullah.. aku rindukan sunnahnya.. Allahuakbar! susahnya nak jd muslimah yang sebenar..susahnya untuk istiqamah.. permudahkanlah aku ya Allah..


wahai diri dan pembaca ingatlah firman Allah yang indah ini : "Dan sampaikan lah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. setiap kali mereka diberikan rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, "Inilah rezeki-rezeki yang diberikan kepada kami dahulu" mereka telah diberikan buah-buahan yang serupa, dan di sana mereka memperoleh pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.." - al-baqarah:25

Wahai diri dan pembaca renungkanlah firman Allah ini : " Para penghuni neraka menyeru para penghuni syurga, "tuangkanlah sedikit air kepada kami atau rezeki apa sahaja yang telah dikurniakan Allah kepadamu." Mereka menjawab, "Sungguh Allah telah mengharamkan kedua-duanya bagi orang kafir." -al-a'raf:50

YaAllah adakah aku islam atau kafir disisiMu...?? Nauzubillahminzalik, Astaghfirullahhal a'zim.......

~moga Allah merahmatiku & kamu~