~ WaniTa SolehaH untuk LelaKI SoleH~


~SaHabAt AdaLaH SeJaRAh YAnG diKEnanG SepaNJang MAsA~

~SaHabAt AdaLaH SeJaRAh YAnG diKEnanG SepaNJang MAsA~


Followers

Wednesday, February 23, 2011

~Wallohi We love RASULULLAH~



KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.
Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui
jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'.
Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah
hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan.
Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau
kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan
mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka
yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar)
yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah
wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka.
Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi
Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas
mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai
Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah
suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini
untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu
Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai
manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang
menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia
membacakan firman Allah:
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun
didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika
demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik
(berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik
(menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada
orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada
bandingannya itu). (Ali Imran: 144)


Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada
kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum
itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: "Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang
demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut
dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya
menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah mati."
www.dakwah.info

Pengajaran
Terdapat dua pengajaran yang cukup mendalam di sini:
Pertama: Para sahabat terkejut dengan kematian Rasulullah s.a.w. hingga seolah-olah
kematian tidak mungkin berlaku kepada Baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada
setiap kehidupan. Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w..
Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Kehebatan kejutan kerana
kehilangan kekasih adalah mengikut kadar kecintaan tersebut. Kita lihat orang yang
kehilangan anak atau bapa, masih tidak mempercayai dia telah kehilangannya berhari-hari
lamanya. Apakah cinta di dunia ini yang mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini
kepada Rasulullah s.a.w.? Allah telah memberi petunjuk kepada mereka melalui Baginda.
Baginda juga telah menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya
kebenaran, mengubah kehidupan mereka, membuka pemikiran dan pandangan mereka, serta
mengangkat mereka ke tahap tokoh pemimpin yang agung. Selanjutnya lagi, Baginda juga
berperanan sebagai pendidik, hakim dan pemberi panduan kepada mereka. Mereka merujuk
kepadanya ketika malapetaka, meminta panduan ketika berhadapan dengan peristiwa peristiwa
dan mengambil firman Allah untuk mereka melalui Baginda. Mereka juga
mengambil hadis-hadis dan pengajaran Baginda untuk mereka. Apabila Rasulullah s.a.w.
wafat, semua ini telah terputus. Kejutan apakah lagi yang lebih hebat dan dahsyat daripada
kejutan ini?
Kedua: Pendirian Abu Bakar menunjukkan beliau seorang yang memiliki jiwa yang
teguh dan bersemangat waja ketika berhadapan dengan malapetaka. Kriteria ini tidak dimiliki
oleh sahabat lain. Ini menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggantikan
Rasulullah s.a.w.. Sifat ini juga terbukti ketika beliau menangani gerakan murtad di
semenanjung tanah Arab.

No comments:

Post a Comment